Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple bayar Samsung

Jualan iPhone 12 Mini Lemah, Apple Mungkin Perlu Membayar Pampasan Kepada Samsung

Diterbitkan Mac 24, 2021 oleh Amalina Athman

Apple kini dilaporkan mungkin perlu membayar pampasan kepada Samsung Display, berikutan menerima tempahan panel OLED yang kurang daripada persetujuan bagi iPhone 12 mini.

Pada Januari lalu, penghantaran Samsung Display telah menurun sebanyak 9% dengan 45 juta unit. Antara sebabnya adalah kerana penjualan iPhone 12 mini yang kurang memberangsangkan.

Laporan juga menyatakan Apple telah melaraskan semula sasaran pengeluaran bagi siri iPhone 12 kepada 75 juta unit bagi separuh pertama tahun ini, yang menunjukkan pengurangan 20% daripada sasaran sebelumnya. Majoriti pengurangan tersebut adalah melibatkan iPhone 12 mini.

Dengan itu, Apple mungkin sekali lagi perlu membayar penalti kepada Samsung kerana tidak memenuhi jumlah pesanan minimum.

Terdahulu, Apple juga telah membayar pampasan kepada Samsung sebanyak $684 juta pada 2019 dan $1 billion pada tahun 2020 kerana gagal memesan jumlah panel iPhone yang dipersetujui.

Sumber: The Korea Herald

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY