Jualan Black Friday Siri Y9 Huawei Bermula Dengan Harga Serendah RM799

Bersempena dengan jualan Black Friday, Huawei Malaysia mengumumkan harga jualan bagi siri Huawei Y9 akan bermula pada hari ini dengan harga serendah RM 799.

Huawei Y9 Prime 2019 mendapat potongan harga sehingga RM 100, menjadikan ia dari RM 899 kepada harga RM 799. Manakala Huawei Y9s yang sebelum ini dijual pada tanda harga RM 999 akan didatangkan dengan hadiah percuma, iaitu Huawei Band 4 yang bernilai RM 1391.

Kedua-dua Huawei Y9s dan Y9 Prime 2019 ini didatangkan dengan skrin besar Ultra FullView LCD pada ukuran 6.59 inci. Resolusi FHD+ dengan 2340 x 1080 berserta nisbah skrin 91%.

Huawei Y9s mempunyai tiga kamera belakang sehingga 48MP manakala Huawei Y9 Prime 2019 pula dilengkapi dengan tiga kamera belakang AI sehingga 16MP. Kamera belakang kedua-dua telefon ini mempunyai sudut ultra-lebar 120 darjah yang mampu memuatkan seramai yang mungkin apabila tiba detik bergambar.

Di samping itu, kedua-dua telefon pintar ini menggunakan pemproses Hisilicon Kirin 710F yang menyediakan pengalaman penggunaan yang lancar.

Warna pilihannya adalah seperti berikut:

Huawei Y9 Prime

  • Midnight Black

  • Emerald Green

  • Sapphire Blue


Huawei 9s

  • Midnight Black

  • Breathing Crystal


Kedua-dua telefon pintar Huawei ini boleh dibeli di semua cawangan Huawei Experience, kedai jualan sah Huawei dan kedai atas talian yang sudahpun berkuat kuasa serta merta sejak hari ini.

Dapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran Black Friday ini di consumer.huawei.com.