Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 3T Lebih Berkuasa Dari Huawei Mate 9 Dan Ini Buktinya

OnePlus 3T Lebih Berkuasa Dari Huawei Mate 9 Dan Ini Buktinya

Diterbitkan Februari 2, 2017 · Dikemas kini Februari 2, 2017 oleh Haikel Areff

Jika dibandingkan dari segi keupayaan OnePlus 3T dan Huawei Mate 9 adalah antara peranti yang paling berkuasa di pasaran ketika ini. OnePlus 3T dibina dengan cipset Snapdragon 821 manakala Huawei Mate 9 pula dengan Kirin 960. Kedua-duanya dijalankan mengunakan Android Nougat dan memiliki RAM sebesar 6GB.

Jadi yang mana satu paling power di antara kedua-dua peranti ini? Mengikut dari ujian kelajuan (speed test) yang dibuat oleh PhoneBuff, ternyata OnePlus 3T mengungguli perlumbaan di antara kedua-dua telefon berkeupayaan gergasi ini.

Percubaan dibuat dengan melihat kepantasan pemproses menjalankan sistem operasi dengan membuka aplikasi pada masa yang sama, berapa lama kedua-dua peranti mengambil masa untuk membuka dan ‘loading’ permainan atau browser. Mereka juga menguji kepantasan peranti dengan membuka kesemua aplikasi dan melihat berapa lama setiap peranti mengambil masa untuk membuka semula aplikasi yang sedang berjalan.

OnePlus 3T lebih laju dari segi membuka aplikasi yang sedang berjalan seperti galeri atau kamera. Apabila ujian didalam aplikasi permainan, Huawei 9 Pro lebih berkuasa dari OnePlus 3T. Tetapi secara umumnya dilihat OnePLus 3T lebih efisyen dalam menggerakkan RAM dan sistem operasi.

Anda boleh lihat video ujian dari PhoneBluff di bawah dengan lebih lanjut.

Sudah semestinya kedua-dua telefon ini berkeupayaan tinggi, walaupun dilihat OnePlus 3T lebih pantas namun Mate 9 semestinya tidak mengecewakan. Tetapi dengan kemunculan abang kawasan Samsung Galaxy S8 yang mungkin akan tapau semua telefon dengan Snapdragon 835 mega mereka.

Sumber: Phone Bluff

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY