Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple didenda

Jual iPhone Tanpa Pengecas, Apple Didenda Hampir RM8 Juta Di Brazil

Diterbitkan Mac 22, 2021 · Dikemas kini Mac 22, 2021 oleh Amalina Athman

Sejak iPhone 12 dilancarkan, Apple tidak lagi menawarkan pengecas dalam kotak pembelian. Namun, bagi sesetengah negara, ia dianggap telah melanggar undang-undang pengguna.

Terbaru, Apple telah dikenakan denda R$ 10,546,442 (~RM7.9 juta) di Brazil, kerana telah melanggar Kod Undang-Undang Pengguna negara itu. Ia berikutan Apple mengeluarkan iklan yang mengelirukan serta menjual iPhone tanpa pengecas dalam kotak bungkusan.

Agensi perlindungan pengguna São Paulo, Procon-SP berkata, Apple tidak memberikan respon apabila ditanya jika harga iPhone 12 dikurangkan selepas mengeluarkan pengecas, berapa harga iPhone dengan dan tanpa pengecas, serta jika ia mengurangkan jumlah pengecas yang dihasilkan.

Selain isu pengecas, antara lainnya adalah mengenai iklan yang mengelirukan di mana pengguna iPhone 11 Pro melaporkan Apple tidak membaik pulih peranti apabila dimasuki air. Beberapa pengguna turut melaporkan beberapa ciri yang tidak berfungsi apabila mengemaskini peranti, yang mana Apple tidak membantu.

Bagi pihak Apple, mereka mempunyai peluang untuk membuat rayuan terhadap denda yang dikenakan, jika mahu.

Sumber: 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY