Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JPJ logo

JPJ Akan Tutup Pusat Memandu Jika Ramai ‘Graduan’ Banyak Kesalahan Trafik

Diterbitkan Januari 31, 2022 · Dikemas kini Januari 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sistem e-Testing iaitu ujian memandu yang dijalankan secara elektronik dilaporkan akan mula dikuatkuasakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) April ini.

Terkini, JPJ mengatakan mereka akan membatalkan atau menggantung permit institut memandu sekiranya banyak pemegang lesen yang pernah menerima latihan di institusi mereka disabitkan dengan kesalahan trafik dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ Zailani Hashim berkata langkah itu dapat diambil selepas pelaksanaan sistem kod pendigitalan pada lesen yang dikeluarkan bagi mengesan institut memandu manakah yang memberikan latihan memandu pada si pelaku.

Selain tindakan terhadap pemandu, sijil tenaga pengajar juga boleh ditarik balik sekiranya didapati ada ramai pemandu yang belajar di situ melakukan kesalahan trafik.

Bagaimanapun, beliau berkata kaedah itu masih dalam peringkat cadangan dan dijangka disenaraikan di bawah sistem e-Testing yang bermula di seluruh negara April tahun ini.

Sumber: Utusan

Baca juga:

  • JPJ Kuat Kuasa e-Testing Bermula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ Di Sebelah Pemandu
  • 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pakai Kabel Besar TIME Dengan WiFi 6
  • JPJ Ada Pelan Yang Mungkin Boleh Turunkan Harga Pelekat RFID

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY