Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lesen memandu malaysia singapura

JPJ Kuat Kuasa e-Testing Bermula April Ini, Tiada Lagi Pegawai JPJ Di Sebelah Pemandu

Posted on Januari 20, 2022

Sistem e-testing yang telah diluluskan dan diuji (POC) sejak beberapa bulan lepas kini diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dilancarkan di seluruh pusat memandu seluruh negara pada April depan.

E-testing ialah sistem ujian memandu yang dijalankan secara elektronik juga merangkumi penjanaan keputusan ujian secara elektronik secara terus selepas ujian.

Dengan penggunaan sistem yang lebih maju ini, bilangan pegawai JPJ di lokasi sewaktu ujian JPJ dijalankan juga dapat dikurangkan daripada 7 kepada 2 orang.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim, sesi pembelajaran di dalam kelas dan jalan raya masih mengekalkan kaedah sedia ada, hanya sesi pembelajaran di dalam litar yang mempunyai perubahan di mana pegawai dan calon tidak akan duduk sekali di dalam kereta.

Sistem ujian elektronik sebegini sudah digunakan di beberapa negara luar seperti Korea Selatan dan JPJ kini juga sedang ke arah pendigitalan beberapa bahagian lain seperti pelesenan.

Sumber: Sinar Harian

Baca juga:

  • Tak Payah Beratur Panjang, Ini Cara Bayar Saman Melalui ATM
  • Ini Cara Buat Janji Temu JPJ Secara Dalam Talian
  • Harga Tag RFID Touch ‘N Go Mungkin Akan Dikurangkan Selepas Perbincangan Dengan LLM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress