Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) hari ini memaklumkan bahawa penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu adalah dilarang di atas jalan.
Kenderaan mikromobiliti itu adalah terdiri daripada mana-mana kenderaan yang mempunyai kelajuan maksimum 50km/jam.
Jenis- jenis kenderaan mikromobiliti tertentu yang dilarang penggunaannya di atas jalan adalah daripada perihalan berikut:-
(i) Moped;
(ii) Personal Mobiliti Devices termasuk skooter berkuasa elektrik, kuasa enjin
pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia; dan
(iii) Personal Mobiliti Aids (PMA).
MOT menyatakan secara amnya, kenderaan mikromobiliti dalam kategori Moped, Personal Mobiliti Devices (PMD) dan Personal Mobiliti Aids (PMA) adalah dilarang penggunaannyadi atas jalan atau mana-mana bahagian jalan termasuklah di lintasan pejalan kaki.
Larangan itu dikuatkuasakan menerusi pewartaan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan (Larangan Penggunaan Kenderaan Mikromobiliti Tertentu) 2021 (“Kaedah”) yang telah berkuatkuasa mulai 17 Disember 2021.
MOT memaklumkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama-sama Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan mula menguatkuasakan perintah larangan ini.
Jadi mana-mana orang yang didapati menggunakan kenderaan mikromobiliti tertentu yang telah dilarang di atas jalan adalah melakukan kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333].
MOT menegaskan, antara sebab utama larangan itu dikuatkuasakan adalah bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan orang ramai sebagai pengguna jalan raya.
Sumber: MOT
Baca juga:
- Lima Sebab Myspace Lebih Baik Daripada Media Sosial Sekarang
- Kisah Di Sebalik Mengapa Syarikat Apple Dipanggil “Apple”
- ‘Trendsetter’ Yang Gagal, Ini Punca Kejatuhan LG Mobile
Berkaitan
- Hanya Mahukan Rasa Sebenar, Enjin Motorsikal Disambungkan Bersama Permainan GTA V
- Akhirnya Motorola Razr Akan Memasuki Pasaran Pada 6 Februari 2020
- Senarai Negara Yang Akan Menyokong Ciri 'Motion Sense' Pada Google Pixel 4
- Sekaki Ais di Laut Artik Mencair Setiap Kali Kenderaan Bermotor Bergerak Sejauh 144 KM - Saintis
- Hypersport Adalah Motorsikal Elektrik Paling Pintar Dan Selamat Ditunggang Di Dunia
- Noblechairs Perkenalkan Kerusi Edisi EPIC Mercedes-AMG Petronas Motorsport
- Barisan Model iPhone 2020 Dijangka Akan Turut Dilengkapi Dengan Teknologi Paparan 'ProMotion'
- Enjin Motosikal Boleh Menjejaskan Prestasi Kamera iPhone - Apple
- MIMOS Bangunkan Motosikal RE-EV Pertama Di Malaysia
- Razer Melancarkan Mikrofon 'Razer Seiren Emote'