Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jony Ive Membangunkan Syarikat Beliau Sendiri Yang Dipanggil LoveFrom

Posted on Jun 28, 2019

Untuk itu beliau meninggalkan Apple, tetapi bukan bersara dari industri.

Apple Inc. hari ini mengumumkan bahawa Sir Jony Ive akan mula meninggalkan Apple bagi menumpukan lebih perhatian terhadap syarikat reka bentuk industri yang dibangunnya.

Namun begitu, beliau masih akan terlibat dalam reka bentuk produk-produk eksklusif Apple pada masa akan datang kerana Apple merupakan salah seorang pelanggan syarikat beliau.

Syarikat beliau yang dipanggil LoveFrom akan bertapak di luar California, A.S yang dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Jony Ive merupakan Ketua Reka Bentuk bagi produk-produk Apple yang telah mereka bentuk pelbagai produk-produk ikonik Apple sebelum ini.

Antara rekaan produk Apple yang pernah dihasilkan beliau adalah iMac generasi pertama yang diperkenalkan pada tahun 1998, iPhone (1997) hinggalah rekaan bangunan Apple Park.

Buat masa ini, Apple tidak menamakan individu yang akan menggantikan Jony Ive sebagai Ketua Reka Bentuk Apple yang baru.

Sebaliknya hanya memaklumkan Evans Hankey (Naib Presiden Reka Bentuk Industri) dan Alan Dye (Naib Presiden Reka Bentuk Antaramuka Manusia) akan melaporkan kepada Jeff Williams, Ketua Pegawai Operasi Apple.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress