Jom Undi Liga Malaysia Untuk Dimasukkan Dalam Fifa 20

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pihak FIFPLAY.com telah mengadakan undian bagi peminat mengundi liga negara mana mereka harapkan akan dibawa masuk ke dalam permainan video FIFA oleh EA.

Begitu juga untuk tahun ini. Menurut tinjauan kami bagi kedudukan terkini undian berkenaan, liga Malaysia dilihat mengekori rapat liga Indonesia dalam senarai undian.



Liga negara kita ketika ini telah diundi sebanyak 126,960 kali berbanding 126,989 undian bagi liga Indonesia.

Walaupun ada yang menganggap undian ini tidak berguna, rekod tahun lepas menyaksikan liga China yang muncul pemenang undian FIFPLAY ini pada 2018 telah pun dibawa masuk ke FIFA 19 tahun ini.



Oleh itu, bagi anda yang mahu melihat liga bola sepak negara kita dimasukkan ke FIFA 20, anda boleh menyatakan sokongan anda dengan mengundi di pautan ini.

 

Sumber: FIFPLAY