Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jadual laluan dan waktu operasi bagi kenderaan Transit Aliran Automatik (ART)

Jom Ronda Putrajaya Dengan Kenderaan Transit Aliran Automatik Secara Percuma Sehingga 31 Julai 2024

Diterbitkan Mei 13, 2024 ยท Dikemas kini Mei 13, 2024 oleh ariff bukhari

Berita baik kepada penduduk dan pengunjung Putrajaya kerana Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) kembali bagi memulakan tempoh percubaan yang bermula hari ini (13 Mei 2024) hingga 31 Julai 2024.

Sepanjang tempoh itu, anda boleh menaiki kenderaan itu secara percuma melalui laluan pada waktu yang telah ditetapkan.

jadual laluan dan waktu operasi bagi kenderaan Transit Aliran Automatik (ART)

2 Laluan diperkenalkan sempena tempoh percubaan ini iaitu laluan 1A yang akan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.

Manakala laluan kedua iaitu laluan 2B hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja, akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral.

Berikut adalah jadual laluan dan waktu operasi bagi kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) yang bermula hari ini (13 Mei hingga 31 Julai 2024) untuk sesi pengujian sistem trem.

jadual laluan dan waktu operasi bagi kenderaan Transit Aliran Automatik (ART)

Orang awam yang ingin mencuba sendiri pengalaman menaiki ART hanya perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang.

Sebanyak 3 trip disediakan setiap hari bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Projek rintis di Putrajaya ini adalah merupakan usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.

https://www.instagram.com/p/C63ZVnnxCKA/

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: Perbadanan Putrajaya 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY