Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jika Meninggal Dunia, Siapa Yang Boleh Akses Akaun Facebook Anda? Ini Cara Letakkan Waris Untuk Urus Akaun Facebook

Jika Meninggal Dunia, Siapa Yang Boleh Akses Akaun Facebook Anda? Ini Cara Letakkan Waris Untuk Urus Akaun Facebook

Diterbitkan November 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian dan kita tidak akan terlepas daripada mengharungi saat itu.

Sepertimana harta peninggalan yang bakal diterima waris, akaun Facebook juga mempunyai fungsi untuk membolehkan anda mewariskannya kepada ahli keluarga ataupun kenalan yang lain.

Ciri Kenalan Legasi adalah satu ciri yang membolehkan seseorang (waris) yang dipercayai mengendalikan akaun Facebook apabila anda sudah tiada lagi. Antara perkara yang boleh dilakukan waris kepada akaun Facebook anda adalah…

  • Membuat pinned post (contohnya membuat pemberitahuan mengenai pemergian anda)
  • Mengesahkan permintaan rakan baru.
  • Kemaskini foto profil dan latarbelakang (cover photo)
  • Memohon Facebook memadam akaun anda.

Apa yang tidak boleh waris lakukan?

  • Waris tidak boleh log masuk akaun anda
  • Waris tidak boleh padam status, foto atau sebarang perkara yang anda muat naik di garis masa (timeline).
  • Waris tidak boleh baca mesej
  • Waris tidak boleh padam senarai kenalan.

Ikuti langkah bergambar berikut untuk tetapkan waris bagi akaun Facebook anda.

Pergi ke…

  • Tetapan Akaun (Account Settings)

Cara Letakkan Waris Untuk Akaun Facebook Anda

  • Umum (General)

Cara Letakkan Waris Untuk Akaun Facebook Anda

  • Urus Akaun (Manage Account)

Cara Letakkan Waris Untuk Akaun Facebook Anda

  • Kenalan Legasi (Legasi Contact)

Cara Letakkan Waris Untuk Akaun Facebook Anda

  • Pilih Kenalan Legasi (Choose Legacy Contact)

Cara Letakkan Waris Untuk Akaun Facebook Anda

 

 

 

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY