Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jetour T2 i-dm

JETOUR T2 i-DM Dilancar Di Malaysia, Harga RM162,800 Dengan Jarak Sehingga 1,200km

Diterbitkan September 19, 2026 oleh Amsyar Latif

JETOUR Malaysia secara rasmi melancarkan JETOUR T2 i-DM pada harga RM162,800, menawarkan sistem hibrid plug-in (PHEV) dengan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,200km.

Model ini menggunakan enjin hibrid khusus 1.5L TGDi yang dipadankan dengan transmisi hibrid khusus tiga kelajuan serta sistem motor elektrik berkembar. Gabungan tersebut menghasilkan kuasa sehingga 265kW dan tork 610Nm.

Image 7 – Interior
Image 10 – Crystal Gear Knob
Image 9 – Interior

JETOUR T2 i-DM dilengkapi bateri LFP berkapasiti 18.4kWh, dengan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya melebihi 100km. Ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 57kW, yang membolehkan bateri dicas daripada 30% kepada 80% dalam masa 27 minit atau kurang.

Pengecasan AC 6.6kW pula mengambil masa tiga jam atau kurang untuk mengecas daripada 30% kepada 100%. Turut tersedia ialah fungsi V2L sehingga 3.3kW untuk membekalkan kuasa kepada peranti luaran.

Image 6 – JETOUR T2 i-DM

Dari segi kelengkapan, ia hadir dengan skrin multimedia 15.6 inci, sistem audio Sony 12 pembesar suara, pengecas tanpa wayar 50W, tempat duduk hadapan berpengudaraan dan rim 20 inci.

Image 16 – Storage Space

Aspek keselamatan pula merangkumi ADAS Tahap 2 dengan fungsi seperti AEB, Blind Spot Detection, Integrated Cruise Assist dan Rear Cross Traffic Alert, selain enam beg udara serta kamera pandangan sekeliling.

Image 2 – JETOUR T2 i-DM

Untuk 2,000 pendaftaran terawal, pembeli boleh memilih sama ada pengecas wallbox AC 7kW termasuk pemasangan atau kredit ChargeSini bernilai RM2,000. Kedua-duanya turut disertakan kabel penyesuai V2L percuma.

JETOUR T2 i-DM hadir dengan waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000km, waranti bateri voltan tinggi lapan tahun atau 160,000km serta waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000km.

Berkaitan

  • JETOUR T2 Dilancar Di Malaysia, SUV Mewah Hanya Berharga RM156,800
  • JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Diperkenal, Hanya 69 Unit Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY