Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Bakal Gunakan Dron Untuk “Halau” Pekerja Lebih Masa Pulang Ke Rumah

Jepun Bakal Gunakan Dron Untuk “Halau” Pekerja Lebih Masa Pulang Ke Rumah

Diterbitkan Disember 10, 2017 ยท Dikemas kini Disember 11, 2017 oleh Helmi Samsuri

Bekerja lebih masa bagi menyiapkan tugasan adalah suatu perkara yang normal, tetapi apabila dilakukan setiap hari sehingga mengabaikan kehidupan sosial dan kesihatan, ia petanda yang tidak bagus.

Salah satu negara yang mengalami masalah tersebut adalah Jepun dimana ada kes kematian yang melibatkan kerja lebih masa sehingga 159 jam.

Melihat kepada kesan teruk yang semakin meningkat itu, sebuah syarikat, Taisei akan membangunkan sebuah dron yang akan “menghalau” pekerja untuk pulang apabila sampai waktunya.

Dron itu akan berlegar di ruang kerja sambil memainkan lagu ” Aud Lang Syne” (biasa dimainkan di Jepun menandakan waktu sudah tamat) untuk memaksa pekerja pulang. Ditambah pula dengan bunyi bilah kipas yang bising untuk menganggu tumpuan pekerja.

Ia beroperasi secara automatik sepenuhnya tanpa bantuan GPS dan bakal dijual pada harga 50,000 Yen (~RM1798.00). Difahamkan penggunaan dron terbabit akan dimulakan pada April 2018.

Adakah cara ini dapat mengurangkan masa kerja lebih masa di Jepun? Apa pendapat anda?

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY