Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Instagram Simpan Gambar Dan Mesej Yang Dipadam Lebih Dari Setahun

Instagram Simpan Gambar Dan Mesej Yang Dipadam Lebih Dari Setahun

Diterbitkan Ogos 14, 2020 · Dikemas kini Ogos 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Platform perkongsian foto dan video pendek popular, Instagram dilaporkan mempunyai kerentanan dimana ia masih menyimpan kandungan yang telah dipadam pengguna lebih dari setahun didalam server mereka.

Menurut Tech Crunch, isu tersebut dikesan oleh penyelidik sekuriti, Saugat Pokharel yang mendapati foto dan mesej peribadi yang dipadam beliau sekitar 2018 masih boleh dimuat turun pada 2019.

Pokharel menyatakan sewaktu beliau memuat turun data dari Instagram, foto dan mesej peribadi yang sudah lama dipadam itu berada pada kandungan tersebut. Kelemahan ini telah dilaporkan Pokharel kepada pihak Instagram pada Oktober 2019 dan ia sudahpun diperbaiki pada awal bulan ini.

Instagram menyatakan, data yang dipadam pengguna memerlukan tempoh lebih kurang 90 hari untuk dibuang sepenuhnya daripada sistem mereka. Lanjutan daripada itu, Pokharel telah dianugerahkan sebanyak $6000 kerana melaporkan kelemahan tersebut menerusi program Bug Bounty Instagram.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY