Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jenayah siber

Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia

Diterbitkan April 8, 2022 oleh Nadiah Ab

Menurut data statistik jenayah dari Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM), aduan jenayah siber di Malaysia meningkat sehingga 99.5% kepada 20,805 pada tahun 2020 daripada 10,426 pada tahun sebelumnya.

Menurut laporan tersebut, aduan-aduan yang diterima oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berunsurkan lucah, palsu, ofensif, tidak senonoh, ancaman, dan lain-lain.

jenayah siber malaysia
Sumber: DoSM

Peningkatan yang paling tinggi adalah aduan yang berunsurkan palsu sebanyak 117.6% dengan jumlah 6,637 berbanding 3,050 aduan pada tahun 2019.

Sementara kes jenayah siber di Malaysia meningkat secara drastik, kes jenayah kejam pula berkurang sebanyak 19.5% kepada 13,279 kes manakala jenayah hartanah berkurang sebanyak 21.8% kepada 52,344 kes pada tahun 2020.

jenayah siber malaysia
Sumber: DoSM

DoSM berkata pengurangan kes lain antaranya disebabkan oleh sekatan ke atas aktiviti sosial, dan perjalanan rentas daerah dan sempadan berikutan siri Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita.

Penerbitan statistik tahun 2020 yang dikeluarkan pada 25 November 2021 ini mengandungi lapan statistik jenayah terpilih iaitu indeks jenayah, dadah, rasuah, alam sekitar, kesalahan trafik, jenayah maritim, dan jenayah siber.

Disebabkan peningkatan kes jenayah siber yang merisaukan, ketua pakar statistik, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tadbir urus keselamatan akan terus diperkukuh bagi memastikan negara terus aman dan ketenteraman awam terpelihara.

Sumber: DoSM

Baca juga:

  • Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
  • Buli Siber – Anda Boleh Dipenjarakan Jika Didapati Bersalah
  • Pakar Jenayah Siber Beri Amaran, Emoji ‘Love’ Boleh Heret Ke Penjara Dan Denda RM100 Ribu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY