Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel

Biasanya apabila berkata tentang keselamatan sesebuah negara pasti akan dikaitkan dengan tentera, senjata api, dan apa-apa yang berkaitan dengan keselamatan fizikal. Dengan kemajuan teknologi pada hari ini, keselamatan maklumat dan siber juga perlu diambil kira.

Jika sesebuah negara gagal menjaga keselamatan siber, segala rahsia negara dan data peribadi rakyat akan terdedah kepada pencerobohan privasi.

Pencerobohan ini dipanggil jenayah siber, yang boleh dilihat banyak berlaku di kebanyakan negara.

Untuk pengetahuan para pembaca, pada Julai 2021, negara kita Malaysia telah berjaya disenaraikan antara sepuluh negara teratas dengan keselamatan siber terbaik dalam dunia.

keselamatan siber malaysia Kapsyen: Malaysia di tangga kelima dalam peringkat global. Sumber: ITU


Menurut laporan Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) 2020 yang dikendalikan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Malaysia memperoleh markah sejumlah 98.06.

Dalam senarai kedudukan global yang melibatkan 194 negara, Malaysia menduduki tempat kelima bersama Rusia dan Emiriah Arab Bersatu.

Di peringkat Asia Pasifik pula, Malaysia menduduki tangga kedua selepas Korea Selatan dan Singapura yang terikat di kedudukan pertama dengan skor 98.52.

keselamatan siber malaysia Kapsyen: Malaysia di tangga kedua dalam Asia Pasifik. Sumber: ITU


Menurut laporan GCI 2020 oleh ITU, Malaysia memperoleh skor penuh 20.0 dalam tiga daripada lima penunjuk prestasi utama, iaitu langkah perundangan, pembangunan kapasiti dan kerjasama, manakala dua lagi merupakan langkah teknikal (19.08) dan langkah organisasi (18.98).

Kapsyen: Sumber: ITU


Sebagai rakyat Malaysia, ini sebenarnya kejayaan yang sangat membanggakan.

Diharap Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama dengan Cybersecurity Malaysia akan terus komited untuk memperkasa dan mengekalkan infrastruktur dan ekosistem keselamatan siber Malaysia.

Sumber: ITU

Baca juga: