Buli Siber - Anda Boleh Dipenjarakan Jika Didapati Bersalah

Malaysia telah diiktiraf dunia sebagai negara kedua di Asia untuk kes buli siber. Bayangkan, Israel sendiri pun boleh terkesan dengan atau erti kata lainnya 'koyak' dengan penulisan lancang rakyat kita pada Hari Raya 2021 lepas.

Buli siber Penjara Kapsyen: Israel Dibuli secara siber kerana menyerang rakyat Palestin ketika Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2021


Namun begitu, ada dikalangan kita melakukan pembulian siber atas sebab negatif seperti menghina, menyebarkan aib dan sebagainya. Awas kepada individu tersebut kerana anda boleh dikenakan tindakan undang-undang akibat daripada penulisan anda.

Jika didapati bersalah, anda boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian). Akta tersebut boleh meletakkan anda di bawah hukuman penjara 1 tahun atau denda sebanyak RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabit bersalah.

Buli siber Penjara

Mengikut laporan Cyber Security Malaysia, Sebanyak 2,190 kes buli siber telah dilapor dalam tempoh 5 tahun sebelum ini. Tambahan lagi, kes buli siber ini boleh berlaku melalui e-mel, media sosial atau mana-mana platform internet sedia ada.

Selain itu, pembuli siber beranggapan bahawa disebabkan mereka berlindung disebalik internet, mereka bebas untuk menulis, berkongsi atau meletakkan apa-apa sahaja. Kesannya, mangsa boleh mendapat trauma yang melampau, reputasi terjejas dan malu yang tersangat untuk berhadapan dengan masyarakat.

Buli siber Penjara

Tambahan lagi, senario kes terburuk adalah mangsa boleh terjurus ke arah membunuh diri sekiranya perkara ini tidak dibendung secara menyeluruh. Kepada anda di luar sana, berhati-hati dalam berkata-kata.

Sumber: Utusan Malaysia,The Star

Baca juga:










Berkaitan