Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jelly- Telefon Pintar 4G Terkecil Di Dunia Bersama Sistem Operasi Nougat 7.0

Jelly- Telefon Pintar 4G Terkecil Di Dunia Bersama Sistem Operasi Nougat 7.0

Diterbitkan Mei 4, 2017 · Dikemas kini Mei 5, 2017 oleh Haikel Areff

Saban hari kita dapat lihat banyak telefon pintar masing-masing tampil dengan saiz yang gedabak. Namun tidak semua pengguna sukakan telefon yang besar. Pertama, ianya sukar untuk digunakan sebelah tangan. Kedua, tak muat masuk poket.

Oleh kerana itu, syarikat pembuat telefon, Unihertz yang berpangkalan di Shanghai dengan pengalaman 10 tahun dalam industri tampil dengan telefon bersaiz kecil. Ianya dinamakan Jelly, hanya memiliki saiz 2.45 inci. Saing-saing dengan Nokia 3310.

jelly4gphone

Sebenarnya terdapat banyak telefon sebesar ini di pasaran tetapi Jelly merupakan peranti bersaiz kecil dengan keupayaan sambungan 4G bersama Android Nougat 7.0 pada ketika ini. Ini lah yang membuatkan peranti ini sangat istemewa.

Lihat sahaja pada ukuran 92.3 X 43 X 13.3 mm yang sangat kecil ini. Mempunyai berat hanya 60.4 gram bersama bateri manakala resolusi pada 240 X 320 pixel.

541195-jelly-smartphone-4g-world-s-smallest-android-7-0

Model Jelly ini hadir dengan dua variasi iaitu Jelly dan Jelly Pro. Jelly dimuatkan dengan RAM 1GB dan 16GB storan manakala Jelly Pro pula dengan RAM 2GB dan 32GB storan. Kedua-duanya mempunyai cip pemprosesan pada 1.1GHz. Sudah memadai untuk tugas asas harian.

Peranti ini dibina bersama kamera depan 2MP dan kamera utama 8MP. Yang menariknya, untik peranti kecil seperti ini, pengguna disediakan dua slot kad SIM. Ianya juga mempunyai sambungan 4G LTE, 802.11 a/b/g/n 2.4GHz/5Ghz WiFi, Bluetooth 4.0, GPS, G-Sensor, Compass dan Gyroscope. Saiz bateri pula adalah 950mAh.

Lihat dibawah untuk spesifikasi penuh Jelly dan Jelly Pro.
c35fcb2e16061e1de0ab03c58b725f03_original

Jelly dijual pada harga $59 (RM254) dan Jelly Pro pula dijual pada $75(RM323) mengikut tukaran mata wang semasa. Pada yang berminat, boleh buat pesanan di laman Kickstarter.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY