Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
davinci motor dc100

Motosikal Robot Imbang Sendiri Ini Boleh Dicas Penuh Kurang Dari 30 Minit

Diterbitkan November 23, 2023 oleh ariff bukhari

Davinci Motor, sebuah syarikat inovatif teknologi yang meneroka penyelidikan dan pembangunan kenderaan robotik bakal melancarkan motosikal elektrik (EV) pertama mereka di pasaran pada awal tahun hadapan.

Motosikal yang dinamakan sebagai DC100 itu pernah ditayangkan di beberapa acara dalam tempoh 2 tahun ini dengan yang terbaru di acara CIMAMotor yang telah pun berlangsung pada September 2023 lepas di Chongqing, China.

davinci motor dc100

Davinci Motor merujuk DC100 sebagai sebuah motosikal robot futuristik dengan rekaan ala “cafe racer” kerana ia dilengkapi lebih daripada 1000 cip dan 200 pengimbas serta Unit Pengukuran Inersia 6 paksi (IMU) yang membolehkannya imbang sendiri.

DC100 juga adalah EV berprestasi di mana ia mampu menjana kuasa setinggi 135 kuasa kuda yang membolehkannya mencapai kelajuan maksimum 200km/j.

davinci motor dc100
DC100 serasi dengan Pengecas Pantas DC L3 di Amerika Syarikat, Eropah dan China, yang boleh di cas penuh sekitar 30 minit.

Malah ia mampu menghamburkan tork setinggi 850nm sekaligus membolehkannya memecut dari 0-60mph (96km/j) kurang dari 4 saat.

Kilang bagi produksi motosikal EV ini sudah pun dibuka pada Ogos 2022 lalu yang terletak di Zibo, China.

Tempahan bagi DC100 ini sudah pun dibuka di mana ia dijual pada harga USD27,500 (~RM129,000). Jualan motosikal ini secara rasmi telah pun bermula di China dengan anggaran masa penghantaran dalam bulan Disember 2023.

davinci motor dc100
Pelanggan pertama yang menerima DC100 di acara CIMAMotor 2023.

Berkaitan

  • PNY Ponie, Motosikal Elektrik Untuk Bawa Kargo Pertama Di Dunia
  • Lacama, Motosikal Elektrik Berprestasi Dengan Kuasa Kuda Setinggi 150Hp
  • 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Tempah smart #1

Sumber: Davinci Motor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY