Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Testing Space Lasers for Deep Space Optical Communications

Bumi Terima Mesej Dipancarkan Laser Dari Jarak 16 Juta Kilometer

Diterbitkan November 23, 2023 · Dikemas kini November 23, 2023 oleh ariff bukhari

Kapal angkasa Psyche NASA telah memancarkan mesej melalui laser ke Bumi dari jauh di luar Bulan buat kali pertama di mana ia adalah satu pencapaian yang boleh mengubah bagaimana kapal angkasa berkomunikasi.

Eksperimen angkasa lepas itu yang merupakan demonstrasi paling jauh jenis komunikasi optik pernah dijalankan oleh Deep Space Optical Communications (DSOC) memancarkan laser inframerah yang dikodkan dengan data ujian dari kedudukannya sekitar 16 juta kilometer.

Jarak itu adalah bersamaan sekitar 40 kali lebih jauh Bulan dari Bumi ke Teleskop Hale di Balai Cerap Palomar Caltech di California.

Bumi Terima Mesej Dipancarkan Laser Dari Jarak 16 Juta Kilometer
Kapal angkasa Psyche NASA ditunjukkan di dalam bilik bersih di kemudahan Operasi Angkasa Astrotech berhampiran Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Disember 2022. Kelihatan penghantar-terima laser penerbangan DSOC (penutup berwarna emas). Kredit: NASA.

“Kejayaan ini adalah salah satu daripada banyak pencapaian DSOC kritikal dalam beberapa bulan akan datang, membuka jalan ke arah komunikasi kadar data yang lebih tinggi yang mampu menghantar maklumat saintifik, imejan definisi tinggi dan video penstriman untuk menyokong lompatan gergasi kemanusiaan seterusnya: menghantar manusia ke Marikh,” Trudy Kortes, Pengarah Demonstrasi Teknologi di Ibu Pejabat NASA, dalam satu kenyataan.

Semasa ujian yang dijalankan pada 14 November 2023, foton mengambil masa kira-kira 50 saat untuk bergerak dari Psyche ke Bumi. Pada masa Psyche mencapai jarak paling jauh, ia akan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk foton kembali – ia masa yang cukup panjang untuk Bumi dan kapal angkasa bergerak, jadi laser pada kedua-duanya perlu menyesuaikan diri untuk perubahan kedudukan ini.

NASA biasanya menggunakan gelombang radio untuk berkomunikasi dengan misi lebih jauh daripada Bulan, dan kedua-duanya menggunakan gelombang elektromagnet untuk menghantar data.

Tetapi dengan pancaran laser, ia lebih banyak pek data boleh dihantar ke dalam gelombang yang lebih ketat. Menurut NASA, demo teknologi DSOC bertujuan untuk menunjukkan kadar penghantaran 10-100 kali lebih besar daripada sistem komunikasi radio teratas semasa.

Penghantaran lebih banyak data akan membolehkan misi angkasa lepas pada masa depan mengadakan strim videos seperti video langsung  dari permukaan Marikh.

Berkaitan

  • China Lancar Servis Internet Terpantas Di Dunia Selaju 1,200gb/s
  • Observatori Negara Langkawi Berjaya Rakam Kumpulan Tompok Matahari
  • Motosikal Robot Imbang Sendiri Ini Boleh Dicas Penuh Kurang Dari 30 Minit

Sumber: JPL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY