Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023

Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023

Diterbitkan Oktober 20, 2023 · Dikemas kini Oktober 20, 2023 oleh Muhd Idham

Syarikat Lexar yang dikenali sebagai jenama penghasilan memori berprestasi tinggi telah menerima anugerah Media Penyimpanan Terbaik dari Persatuan Akhbar Imej Teknikal (TIPA) untuk kad memori siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B.

Dengan populariti peranti 8K yang sedang meningkat sekarang membuatkan permintaan bagi kad memori berprestasi tinggi seperti ini juga meningkat.

Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023

Kad memori siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B menawarkan kelajuan pindahan data sehingga 1900MB/s, kelajuan menulis dan membaca sehingga 1700MB/s serta kelajuan ketika merakam video RAW berkualiti 8K adalah pada minimum kelajuan sehingga 1600MB/s (bergantung pada peranti hos itu sendiri).

Kad memori ini menggunakan protokol PCIe Gen3x2 dan NVMe yang sangat serasi dengan kamera DSLR beresolusi tinggi dan kamera mirroless serta kamera XQD.

Siri DIAMOND Lexar Professional CFexpress™ Type B ini datang dengan kapasiti 128GB, 256GB dan 512GB.

Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023
Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023
Lexar Menang Anugerah Kad Memori Media Penyimpanan Terbaik 2023

Lexar Professional CFexpress™ Type B (128GB) dijual pada harga RM1,208.90 dan untuk storan 256GB pula berharga RM1,978.90. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Lexar.

Untuk pembelian, anda boleh ke laman web Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Rasai Sendiri Pengalaman Fiber Terus Ke Bilik Berkelajuan 1Gbps Dari Time Di IPC
  • OnePlus Umum Telefon Lipat Pertama, OnePlus Open
  • iPhone 16 Dan 16 Plus Sekali Lagi Dikatakan Akan 'Skip' A17 Pro
  • Awesome TV Dakwa Tindakan MYTV Tidak Adil

Sumber: Siaran Media Lexar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY