Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Lancar Vakum Dengan Mesin Penghalang Pertumbuhan Bakteria

LG Lancar Vakum Dengan Mesin Penghalang Pertumbuhan Bakteria

Diterbitkan Oktober 20, 2023 · Dikemas kini Oktober 25, 2023 oleh Amal Addin

Syarikat LG Electronics Malaysia (LG) telah memperkenalkan produk pembersihan terbaru, LG CordZero™ All-in-One Tower™. Produk ini merupakan sebuah vakum tanpa wayar atau mudah alih.

Direka khas untuk penggunaan dalam rumah serta mampu melakukan kerja-kerja pembersihan dengan lebih komprehensif, vakum ini turut menawarkan sistem penyingkiran habuk hands-free secara automatik apabila vakum diletakkan pada stesennya.

Vakum terbaharu LG ini yang dilengkapi dengan All-in-One Tower™ mempunyai sumber cahaya LED UVC yang mampu berfungsi sehingga dua jam bagi tujuan menghalang pertumbuhan bakteria.

Menara ini mempunyai sistem 3 langkah penapisan yang diperakui oleh British BAF Allergy Association yang  mampu menangkap habuk halus secara efektif.

LG Lancar Vakum Dengan Mesin Penghalang Pertumbuhan Bakteria

All-in-One Tower™ mempunyai ruang penyimpanan untuk vakum dan aksesori termasuk 2-in-1 Combination Tool seperti Crevice Tool dan Mop Nozzle.

Menara ini dilengkapi DUAL PowerPack™. Merupakan sebuah bateri yang boleh ditukar ganti dan dicas semula. Bateri ini boleh bertahan selama 120 minit.

Ia turut dilengkapi teknologi Smart Inverter Motor™ dan Axial Turbo Cyclone™, yang mampu memberikan daya sedutan yang kuat dan berterusan kepada vakum.

Terdapat juga sistem 5 langkah penapisan yang dikuasakan oleh teknologi LG Kompressor™ yang mampu memisahkan dan menapis sehingga  99.999% baki habuk dan kotoran dalam tong habuk.

Siri LG CordZero™ A9 kini boleh didapati pada harga berikut:

  • A9T-MAX- RM4,999.00
  • A9T-CORE- RM4,499.00
  • A9K-ULTRA- RM4,199.00
  • A9K-MAX- RM3,699.00
  • A9N-LITE- RM2,299.00

Untuk maklumat lanjut, boleh tekan link yang tertera. LG Electronics Malaysia (LG)

Berkaitan

  • Vakum Philips SpeedPro Max Aqua Beri Fungsi Pembersihan 3 Dalam 1
  • 5 Vakum Robot Terbaik Bawah RM1,000
  • Roborock Lancar Vakum Robot Terbaru Dengan Harga Promosi
  • Lagi Jimat, Roborock Beri Diskaun Sehingga 68% Untuk Robot Vakum
  • DreameBot L20 Ultra, Robot Vakum Pintar Berharga RM4,499
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah

Sumber: Siaran Media LG Electronics Malaysia (LG)

(Beli pelbagai produk LG dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY