Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jawi Cadang Untuk Tempatkan 85 Mesin ATM Beras Di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

Jawi Cadang Untuk Tempatkan 85 Mesin ATM Beras Di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan

Diterbitkan Februari 28, 2019 · Dikemas kini Mac 3, 2019 oleh Helmi Samsuri

Lebih kurang dua minggu yang lalu, Masjid Akram Dato Keramat menjadi masjid pertama dalam negara menempatkan sebuah mesin ATM beras.

Bertujuan untuk memudahkan pengagihan beras kepada golongan asnaf dikawasan itu, ia enggunakan kaedah sentuhan kad pada sensor dan beras seberat 2kg akan dikeluarkan pada bahagian bawah mesin.

Terdapat juga fungsi lain pada mesin ini dimana ia mempunyai ruang memasukkan duit, dengan itu para jemaah yang hadir boleh menghulurkan sumbangan ke dalamnya.

Baru-baru ini pada acara perasmian mesin ATM beras di Masjid Akram Dato Keramat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), terdapat cadangan untuk menempatkan mesin sama di 85 buah masjid lain di dalam Wilayah Persekutuan.

Jika cadangan itu dilaksanakan, ia bakal memberi manfaat kepada 23,000 golongan asnaf yang berdaftar dengan pihak terbabit.

Sumber dan kredit foto: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY