Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anda Boleh Menukar Wang Yang Rosak Atau Sudah Luput Kepada Wang Baru

Jangan Sekali-Kali Dedahkan 5 Maklumat Perbankan Ini Kepada Pihak Lain

Diterbitkan Jun 20, 2022 · Dikemas kini Jun 20, 2022 oleh ariff bukhari
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan peringatan kepada  orang ramai untuk tidak mendedahkan 5 maklumat perbankan ini yang akan membolehkan penjenayah mengakses masuk ke akaun anda:
  • no. kad ATM
  • no. pin ATM
  • no. TAC
  • ID (Nama Pengguna / No. Kad Pengenalan)
  • Kata laluan

PDRM menegaskan bahawa pihak berkuasa sekali-kali tidak akan meminta butiran perbankan seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, PDRM juga mengeluarkan peringatan kepada orang ramai tentang kewujudan aplikasi BNM (Bank Negara Malaysia) palsu.

PDRM menyatakan bahawa aplikasi BNM itu adalah cara untuk penjenyah siber menggunakan teknik phishing bagi menipu mangsanya.

Penjenayah akan meminta mangsa memasang aplikasi BNM ke dalam telefon pintar kononnya bagi tujuan siasatan.

Aplikasi itu dikhuatiri mengandungi perisian hasad yang boleh mengakses telefon pintar seterusnya mencuri maklumat sulit dalam peranti anda.
Jangan Sekali-Kali Dedahkan 5 Maklumat Perbankan Ini Kepada Pihak Lain

Sebelum ini pernah dilaporkan tentang kewujudan aplikasi MyBNM yang ditawarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bermula November 2015 dahulu.

Tetapi aplikasi tersebut telah pun ditamatkan pada November 2020 lalu.

Sumber: PDRM

Baca juga:

  • Amaran PDRM Kewujudan Aplikasi MyBNM Palsu
  • Menteri Gesa MCMC Bertindak Tegas Terhadap Syarikat Telekomunikasi
  • JPJ Dan PDRM Mula Bertindak Ke Atas E-Skuter Yang Digunakan Di Atas Jalan Raya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY