Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
“Jangan Tertipu Dengan E-mel Ini, Ia Adalah SCAM” – Telekom Malaysia

Amaran PDRM Kewujudan Aplikasi MyBNM Palsu

Diterbitkan Mei 12, 2021 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan peringatan kepada orang ramai tentang kewujudan aplikasi MyBNM palsu yang dikesan baru-baru ini.

PDRM memaklumkan bahawa aplikasi MyBNM yang pernah ditawarkan oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM) bermula November 2015 dahulu telah pun ditamatkan aplikasi tersebut pada November 2020 lalu.

Tetapi kini PDRM berkata mereka mengesan terdapat sindiket penipuan telah menjadikan aplikasi itu sebagai subjek untuk menipu mangsa.

Teknik penipuan bermula dengan mangsa yang dihubungi akan diminta memuat turun aplikasi tersebut oleh individu yang menyamar sebagai dari pihak bank atau agensi penguatkuasa.

Selepas itu, mangsa akan diminta memasukkan data peribadi seperti nama, nombor kad ATM, nombor pin ATM, nama pengguna dan kata laluan.

Setelah mendapat maklumat peribadi mangsa menerusi aplikasi tersebut, sindiket akan memindahkan wang dari bank mangsa mereka ke dalam bank pihak ketiga (keldai akaun).

PDRM memaklumkan, sepanjang tahun 2020 sahaja, sejumlah 53 kes telah direkodkan dengan nilai kerugian berjumlah RM1,190,294.80.

Malah pada tahun ini sahaja setakat April 2021, kes penipuan melalui aplikasi ini meningkat kepada 57 kes dengan jumlah kerugian turut meningkat kepada RM1,740,731.56.

Oleh itu PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan teknik penipuan seperti ini.

Orang ramai disyorkan syupaya menghubungi pihak bank terlebih dulu bagi mendapatkan sebarang pengesahan jika dihubungi oleh pihak yang tidak dikenali bertanyakan tentang maklumat perbankan mereka.

Jika anda mempunyai sebarang maklumat atau menjadi mangsa scam, terus hubungi CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sumber: PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY