Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
avatar future

James Cameron Dedah Apa Jadi Dalam Avatar 3, Antaranya Pengenalan Kaum Api Na’vi

Diterbitkan Januari 9, 2023 · Dikemas kini Januari 9, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Avatar: The Way of Water sudah mencecah lebih $1.5 bilion kutipan di seluruh dunia. Di Malaysia, ia antara filem paling hangat ditonton sekarang bersama-sama Mechamato.

Avatar: The Way of Water' final trailer out: Advance booking of tickets starts in India - BusinessToday

Terbaru, James Cameron mendedahkan apakah fokus filem ketiga Avatar dan mengakuinya ia akan terbalik daripada apa yang berlaku dalam 2 filem pertama.

Kalau dalam Avatar dan Avatar: Way of Water konsisten memaparkan kejahatan manusia Bumi dan Na’vi sebagai mangsa yang tidak bersalah, Avatar 3 pula akan menunjukkan sisi gelap kaum Na’vi dan sisi baik manusia Bumi.

How 'Avatar: The Way of Water' Solved the Problem of CGI Water - The New York Times

Selain itu, ia juga akan membawa penonton dengan budaya baharu di mana sebuah lagi bangsa Na’vi akan diperkenal, yang dirujuk Cameron sebagai ‘Ash People’. Nama spesifik kaum itu tidak didedahkan.

Berkaitan

  • Joker: Folie à Deux Dijadual Tayang 4 Oktober 2024
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Anugerah Telefon Wiser 2022 - Ini Senarai Pemenang
  • BOE Berpotensi Jadi Pembekal Terbesar Skrin iPhone 15, Atasi Samsung - Kuo
  • Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

Ini satu kesinambungan yang baik dan dijangka memandangkan Avatar 2 telah memperkenal kaum laut Na’vi iaitu Metkayina.

Avatar The Way of Water 2022 vs 2009 Avatar Character Models Comparison - YouTube

Cameron turut mendedahkan sebelum ini sekurang-kurangnya 3 filem akan ditayang selepas ini, berkemungkinan dengan tajuk:

  • Avatar: The Seed Bearer
  • Avatar: The Tulkun Rider
  • Avatar: The Quest for Eywa

Image

Untuk Avatar ke-3 iaitu The Seed Bearer, ia akan terus menumpukan terhadap keluarga Sully dan Miles Quaritch sebagai antagonis.

Avatar: The Way of Water': What to Know Before Watching - The New York Times

“Dalam filem-filem awal, ada contoh manusia yang sangat negatif dan contoh Na’vi yang sangat positif. Dalam Avatar 3, kita akan lakukan sebaliknya. Kita akan teroka dunia baharu, dalam masa sama meneruskan cerita watak-watak utama.

Ia bukan lagi mengisahkan perlawanan manusia dengan Na’vi, tapi sesama puak Na’vi yang melibatkan puak ‘Api’.

What makes 'Avatar: The Way of Water' so special? – DW – 12/19/2022

Produser Jon Landau berkata ada bahagian (Avatar 5) di mana mereka akan kembali ke Bumi dan di situ ia akan membuka mata Neytiri terhadap apa yang wujud di planet itu.

“Bumi bukan hanya diwakili RDA. Seperti bagaimana awak ditentukan oleh keputusan dalam hidup, bukan semua manusia jahat. Bukan semua Na’vi baik. Itu yang terjadi di Bumi. Kami mahu dedahkan benda ini pada Neytiri.”

Menurut Disney, setiap filem Avatar bermula Way of Water akan ditayangkan setiap minggu Krismas dalam tahun yang berselang-seli.

Dilaporkan bahawa  Avatar 3 akan ditayang pada 20 Disember 2024, Avatar 4 pada 18 Disember 2026 dan Avatar 5 pada 22 Disember 2028.

Sumber: Variety, Polygon, Polygon

Gambar utama: Murphy’s Universe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Tawar 60,000 Pekerja Mereka Berhenti Sukarela Sambil Berbelanja Besar Pada AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
©2026 WISER.MY