Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera (2)

Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

Diterbitkan Januari 5, 2023 ยท Dikemas kini Januari 5, 2023 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengumumkan janji temu di semua fasiliti kesihatan primer kini boleh dilakukan melalui aplikasi MySejahtera. Sehingga kini, terdapat 8 perkhidmatan yang boleh ditempah melalui MySejahtera.

Berkaitan

  • Cara Masukkan Rekod Vaksinasi MySejahtera Ke Apple Health
  • MySejahtera Kini Hadir Dengan Ciri Kad Penderma Darah Digital
  • Tempahan Janji Temu Kesihatan Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MySejahtera

Ketika ini, sistem janji temu itu telah dimulakan di 673 Klinik Kesihatan secara berfasa. Bagaimanapun, mungkin ada di antara pengguna yang sudah terlupa kata laluan aplikasi MySejahtera dan ingin menetapkan semula kata laluan baharu.

Berikutan itu, disediakan langkah mudah untuk melakukan kemas kini kata laluan baharu di aplikasi MySejahtera.

1. Buka aplikasi MySejahtera. Kemudian tekan pada “Lupa Kata Laluan?” .

Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

2. Masukkan ID MySejahtera (nombor telefon atau e-mel yang didaftarkan), tandakan pada “I’m not a robot” dan tekan “Submit”.

Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

3. Setelah berjaya, anda akan menerima SMS atau e-mel berserta pautan untuk tetapkan semula kata laluan baharu.

Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula

4. Klik pada pautan yang diterima dan masukkan kata laluan baharu serta sahkan kata laluan tersebut. Setelah itu, klik pada “Reset Password”.

Selesai. Anda kini berjaya mengemaskini kata laluan baharu dan log masuk di aplikasi MySejahtera boleh dilakukan dengan menggunakan kata laluan tersebut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY