Jam Tangan Pintar Huawei Sudah Mula Terima Kemaskini Android Wear 2.0

Pemilik jam tangan pintar Huawei kali ini sudah boleh menarik nafas lega dengan berita ini.

Sejak dilancarkan pada 2015 yang lalu, jam tangan pintar Huawei akhirnya menerima kemaskini Android Wear 2.0 yang telah dikeluarkan secara rasmi bulan lalu.

Sebelum ini Google telah mengumumkan kelewatan kemaskini Android Wear 2.0 yang sepatutnya dikeluarkan pada bulan September tahun lepas.

Apa yang ada pada Android Wear 2.0?

  • Fungsi arahan suara Google Assistant

  • Memilih antaramuka jam berdasarkan aplikasi yang digemari

  • Akses terus ke aplikasi PlayStore

  • Membuat panggilan tidak kira dimana jua telefon anda berada

  • Membaca serta membalas mesej dengan lebih pantas


Berikut merupakan senarai jam tangan pintar jenama lain yang bakal mendapat kemaskini Android Wear 2.0:

  • ASUS ZenWatch 2

  • ASUS ZenWatch 3

  • Casio Smart Outdoor Watch

  • Casio PRO TREK Smart

  • Fossil Q Founder

  • Fossil Q Marshal

  • Fossil Q Wander

  • Huawei Watch

  • LG Watch R

  • LG Watch Urbane & 2nd Edition LTE

  • Michael Kors Access Smartwatches

  • Moto 360 2nd Gen

  • Moto 360 for Women

  • Moto 360 Sport

  • New Balance RunIQ

  • Nixon Mission

  • Polar M600

  • TAG Heuer Connected


Sumber: Google+