Jam Pintar Facebook Mungkin Hadir Tahun Hadapan Untuk Bersaing Dengan Apple

Syarikat media sosial gergasi dunia iaitu Facebook dilaporkan sedang membangunkan sebuah peranti penjejak kesihatan atau jam pintar mereka sendiri.

Walaupun nama peranti ini masih belum rasmi tetapi ia dikatakan akan menjalankan sistem operasi daripada Google Android dan mungkin akan menggunakan sistem operasi sendiri seawal tahun 2023 pada peranti generasi keduanya.

Jam pintar ini akan hadir dengan beberapa aplikasi daripada Facebook seperti WhatsApp, Messenger dan Instagram. Malah, turut menyokong sambungan selular.

Kapsyen: Sumber: TechEBlog


Tambahan lagi, Facebook akan meletakkan tanda harga yang mampu milik bagi membolehkan mereka bersaing dengan jenama lain seperti siri Apple Watch.

Seperti sedia maklum, Apple Watch di antara jam pintar yang mempunyai jumlah pengguna yang ramai terutama selepas pelancaran Apple Watch SE.

Dengan kontroversi Facebook terhadap isu privasi yang masih belum berkesudahan, adakah jam pintar mereka ini mampu menarik perhatian ramai? Sama-sama kita nantikan apabila ia dilancarkan.

Sumber: The Information