realme Lancar Game Pro Kit, Aksesori Gaming Untuk Telefon Pintar

Selain melancarkan siri Narzo 30 dan Buds Air 2, realme turut melancarkan realme Game Pro Kit iaitu barisan aksesori gaming untuk telefon pintar.

Tiga aksesori yang dilancarkan iaitu realme Cooling Back Clip, realme Mobile Game Controller dan realme Mobile Game Finger Sleeves.



Seperti nama aksesori tersebut, realme Cooling Back Clip adalah sebuah kipas penyejuk yang dipasang pada belakang telefon pintar. Selain hadir dengan RGB, realme dakwa ia dapat menyejukkan telefon sekitar 25°C.



realme Mobile Game Controller pula adalah alat kawalan yang mepunyai bateri sehingga 80 jam. Alat kawalan ini turut hadir dengan butang tambahan.



Sementara realme Mobile Game Finger Sleeves, ia dikatakan dapat memberikan pengalaman bermain lebih lancar tanpa berasa jari berpeluh.

Harga jualan bagi barisan aksesori ini adalah:

  • realme Cooling Back Clip - Rs 1799 (~RM100)

  • realme Mobile Game Controller - Rs 999 (~RM55)

  • realme Mobile Game Finger Sleeves - Rs 129 (~RM7)


Seperti sedia maklum, kesemua aksesori ini hanya ditawarkan buat pasaran India sahaja buat masa sekarang.

Sumber: realme