Apple Akhirnya Berjaya Memintas Samsung Dalam Jualan Telefon Pintar

Seperti yang diketahui, Samsung mempunyai banyak telefon pintar yang dikeluarkan. Tidak kira berkelas andalan mahupun pertengahan, mereka masih mempunyai peminat yang tersendiri.

Kini, semuanya sudah berubah kerana buat pertama kali sejak tahun 2016, Apple akhirnya berjaya memintas Samsung dalam jualan telefon pintar tersebut.

Berdasarkan laporan daripada Gartner, Apple menyaksikan peningkatan 14.9% dalam pasaran mereka tahun lalu sementara Samsung menurun sebanyak 11.8% dalam tempoh yang sama.

Mungkin ada yang berasa hairan bagaimana sebuah jenama yang hanya mengeluarkan telefon pintar setahun sekali berjaya melakukannya.



Menurut Gartner, teknologi 5G yang baru digunakan Apple sebenarnya membantu dalam jualan Apple kali ini walaupun krisis pandemik masih berlaku.

Tambahan lagi, dengan telefon pintar yang hadir dengan 5G serta kamera yang baik, membuatkan ia menjadi pilihan.

Walau bagaimanapun, belum pasti lagi sejauh mana Apple mampu bertahan yang mana Samsung mungkin dapat meningkatkan kembali jualan mereka.

Namun, tidak dilupakan jenama seperti Xiaomi atau OPPO yang dalam diam turut dapat mendominasi pasaran ini tidak lama lagi memandangkan harga jualan yang menentukan siapa yang boleh menguasai pasaran ini.

Sumber: gartner