Jam Pintar Acer Leap Ware Menawarkan Banyak Sensor Tanpa Sistem Android Wear

Acer telah mengumumkan sebuah jam tangan pintar yang penuh dengan sensor kecergasan dan pengesanan tetapi masih mengekalkan rekaan jam tangan digital biasa.

Acer Leap Ware mempunyai paparan skrin 1.6 inci yang diliputi Corning Gorilla Glass SR +. Ianya juga mempunyai ketahanan air IPX7, yang akan tetap berjalan walaupun dalam "hujan lebat".

Pemprosesan di dalamnya menggunakan cipset MediaTek MT2523 dan cip bio-sensing MT2511 . Ia mempunyai sensor untuk mengukur kadar jantung, stamina, tahap tekanan / keletihan dan pendedahan kepada sinar UV.

phpbetnyj php65vtrj
Acer mendakwa bateri yang dimuatkan mampu bertahan sehingga tiga ke lima hari untuk kegunaan umum. Ia juga mampu berfungsi untuk kegunaan asas, dengan panggilan dan teks muncul pada skrin.

Aplikasi seperti Liquid Life membolehkan pengguna menetapkan matlamat kecergasan setiap hari. Power Coins boleh dimenangi dalam aplikasi ini jika matlamat yang tertentu tercapai dengan melengkapkan aktiviti. Kemudian pengguna boleh menebus untuk beli ganjaran secara maya.

Tetapi jam pintar ini tidak menggunakan sistem Android Wear yang digilai ramai pembuat jam ketika ini, sebaliknya memilih untuk menampilkan perisian yang dihasilkan mereka sendiri.

Acer Leap Ware smartwatch boleh didapati dari suku ketiga tahun ini untuk € 139 (RM605). Masih tiada laporan tarikh jam ini akan sampai ke Malaysia.

phpnzlfsj

phpodyytj

Sumber

Berkaitan