Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dbkl jalan tar kuala lumpur kl (2)

Jalan TAR: Tiada Kenderaan Dibenarkan Masuk Setiap Ahad

Diterbitkan Ogos 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengumumkan bahawa Jalan Tunku Abdul Rahman akan ditutup daripada dimasuki kenderaan pada Ahad setiap minggu.

Penutupan ini melibatkan persimpangan Jalan Esfahan hingga persimpangan Jalan Melayu, bermula 6 pagi hingga 12 malam.

Ini adalah bagi menjadikan kawasan tumpuan itu khas dan mesra untuk pejalan kaki, selari cita-cita DBKL untuk menjadikannya kawasan yang selesa dan selamat untuk mereka yang berkeluarga.

Umum DBKL lagi, pelbagai persembahan seni seperti buskers serta kiosk dan ruang rehat memenuhi sepanjang laluan ini bagi memberikan suasana baharu di kawasan tersebut.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Bersedia, Ini Petua Beli Kad NFC Di TNG eWallet Dengan Jayanya
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Astro Pendekkan Tempoh Pembayaran Bil Mulai 1 Oktober

Selain itu, disediakan juga ruang untuk anak-anak kecil beriadah dan bermain dengan pengawasan petugas.

Mereka yang berminat menghadiri Festival Seni yang sedang berlangsung di sana dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam seperti Bas GOKL dan LRT (LRT Masjid Jamek atau LRT Bandaraya).

Sumber dan gambar utama: DBKL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY