Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
maxresdefault (2)

Jaket Pintar Jacquard-Hasil Kerjasama Antara Levi’s dan Google Ini Tersangatlah Cool

Diterbitkan Mei 30, 2017 · Dikemas kini Mei 30, 2017 oleh Haikel Areff

Selepas Android Wear, Google sekali lagi memperkenalkan wearable terbaru mereka, tetapi kali ini sedikit berbeza. Google telah mempamerkan jaket pintar mereka dengan kerjasama Levi’s selepas hampir dua tahun mereka hadir dengan teaser yang bernama Projek Jacquard.

Sebenarnya jaket pintar ini telah dipamerkan pada Google I / O tahun lepas lagi tetapi pada waktu itu ianya masih lagi dalam bentuk prototaip. Jaket ini akan mula dipasarkan secara komersial tahun ini.

google_jacquard_image_banner

Apa yang membezakan dengan jeket lain adalah Jacquard dibina bersama teknologi benang konduktif yang membolehkan ia bertindak sebagai pad sentuh interaktif. Lengan kiri jaket ini merupakan pad sentuh yang boleh dikawal dengan isyarat ‘tap’ atau ‘swipe’.

Jaket ini boleh disesuaikan bersama aplikasi di peranti mudah alih untuk tetapan seperti contoh sentuh 2 kali untuk memulakan musik dan sebagainya. Google masih lagi mempertimbangkan kolaborasi bersama pemaju pihak ke tiga dalam membawa lebih banyak fungsi untuk jaket pintar ini.

Untitled

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage94434Screen_Shot_2016-05-20_at_1.14.40_PM

Ianya boleh berfungsi seperti jam pintar yang lain seperti memberikan notifikasi mesej, menjawab panggilan, memainkan musik dan berupaya dijadikan sebagai pemandu arah. Bateri yang dimuatkan ke dalam pad sentuh mempunyai jangka hayat selama 2 hari. Pada ketika ini Jacquard dijual pada harga $350 iaitu RM 1556.

https://www.youtube.com/watch?v=yJ-lcdMfziw

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY