Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jaket Pintar Ciptaan Google dan Levi’s Ini Tersangatlah Cool

Jaket Pintar Ciptaan Google dan Levi’s Ini Tersangatlah Cool

Diterbitkan Mac 13, 2017 · Dikemas kini Mac 13, 2017 oleh Haikel Areff

Selepas Android Wear, Google sekali lagi memperkenalkan wearable terbaru mereka, tetapi kali ini sedikit berbeza. Google telah mempamerkan jaket pintar mereka dengan kerjasama Levi’s selepas hampir dua tahun mereka hadir dengan teaser yang bernama Projek Jacquard. Sebenarnya jaket pintar ini telah dipamerkan pada Google I / O tahun lepas lagi tetapi pada waktu itu ianya masih lagi dalam bentuk prototaip.

google_jacquard_image_banner

Apa yang membezakan dengan jeket lain adalah Jacquard dibina bersama teknologi benang konduktif yang membolehkan ia bertindak sebagai pad sentuh interaktif. Lengan kiri jaket ini merupakan pad sentuh yang boleh dikawal dengan isyarat ‘tap’ atau ‘swipe’.

Jaket ini boleh disesuaikan bersama aplikasi di peranti mudah alih untuk tetapan seperti contoh sentuh 2 kali untuk memulakan musik dan sebagainya. Google masih lagi mempertimbangkan kolaborasi bersama pemaju pihak ke tiga dalam membawa lebih banyak fungsi untuk jaket pintar ini.

Untitled

https-blueprint-api-production.s3.amazonaws.comuploadscardimage94434Screen_Shot_2016-05-20_at_1.14.40_PM

Ianya boleh berfungsi seperti jam pintar yang lain seperti memberikan notifikasi mesej, menjawab panggilan, memainkan musik dan berupaya dijadikan sebagai pemandu arah. Bateri yang dimuatkan ke dalam pad sentuh mempunyai jangka hayat selama 2 hari. Pada ketika ini Jacquard dijual pada harga $350 iaitu RM 1556.

https://www.youtube.com/watch?v=yJ-lcdMfziw

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY