Syarikat itu dikatakan sengaja mengaktifkan satu ciri yang apabila ujian dilakukan keatas telefon pintar itu, markah prestasinya akan lebih tinggi.
Ia tidak menggambarkan keupayaan sebenar peranti yang dijual dipasaran. Bagi mengulas lanjut mengenai perkara itu, Honor Malaysia telah mengeluarkan kenyataan menjawab persoalan yang timbul.
"Honor sentiasa mengutamakan pengalaman pengguna berbanding mengejar markah tinggi dalam ujian tanda aras- lebih-lebih lagi kedua-dua perkara ini tidak mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Telefon pintar Honor menggunakan teknologi canggih seperti AI yang akan mengoptimumkan prestasi perkakasan termasuk CPU, GPU dan NPU.
Apabila seseorang melancarkan aplikasi fotografi atau memainkan permainan bergrafik tinggi, perisian pintar Honor akan memberikan pengalaman yang lebih lancar dan stabil kepada pengguna dengan cara mengaplikasikan keupayaan penuh perkakasan, disamping menguruskan suhu peranti dan kecekapan tenaga. Untuk aplikasi yang tidak berkuasa seperti melayari web, ia hanya akan memperuntukkan sumber yang diperlukan untuk menyampaikan prestasi yang diperlukan.
Dalam senario penanda aras biasa, apabila perisian Honor mengenalpasti aplikasi penanda aras, ia bijak menyesuaikan diri dengan "Mod Prestasi" dan menyampaikan prestasi optimum. Honor merancang untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada "Mod Prestasi" supaya mereka boleh menggunakan kuasa maksimum peranti mereka apabila mereka perlu.
Honor sanggup bekerjasama dengan pihak-pihak lain untuk mencari piawaian penanda aras terbaik yang dapat menilai dengan tepat pengalaman pengguna. "

Berkaitan
- Huawei Bangunkan Sistem Operasi Sendiri Untuk Telefon Pintar Dan Komputer
- Malaysia Bakal Wujudkan Sistem Lelong Hartanah Dalam Talian
- Pelayar Internet Samsung Versi Beta Kini Boleh Dimuat Turun Dari Google PlayStore
- Android Oreo 8.0 Mula Ditawarkan Kepada Pemilik Galaxy S8 Dan S8+ Di Malaysia
- Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia
- Nokia 3310 3G Bakal Hadir Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Imej Perlihatkan Kesemua Model Dan Pilihan Warna Huawei P40
- DisplayPort 2.0 - Sokong Paparan Resolusi 16K Pada Kadar 60Hz
- FreeBuds Studio, Fon Kepala Pertama Dari Huawei Berharga RM1199
- OPPO Reno6 Dan Reno6Z Masuk Malaysia Tak Lama Lagi