Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Face ID

Isu Face ID Selesai, Boleh Tukar Skrin iPhone 13 Dari Pihak Ketiga

Diterbitkan November 17, 2021 oleh Amsyar Latif

Selepas siri iPhone 13 dilancarkan, iFixit telah ‘membedah’ telefon tersebut. Mereka mendapati bahawa fungsi Face ID tidak boleh digunakan jika pengguna menukar skrin daripada pihak ketiga.

Oleh itu, Apple mengatakan yang mereka bakal menyelesaikan masalah tersebut menerusi kemas kini akan datang, iaitu iOS 15.2. Memandangkan iOS 15.2 sudah menghampiri versi akhir, berkemungkinan ia akan ditawarkan kepada pengguna tidak lama lagi.

Menurut iCorrect, sebelum adanya iOS 15.2, penukaran skrin iPhone 13 daripada pihak ketiga memerlukan proses yang agak leceh kerana microcontroller dalam iPhone asal harus dipindahkan bagi fungsi Face ID dapat digunakan.

Namun, dengan iOS 15.2, masalah tersebut akhirnya diselesaikan. Bermakna, penukaran skrin boleh dilakukan seperti biasa.

iPhone 13 skrin

Biarpun isu Face ID diselesaikan, iCorrect mengatakan terdapat paparan amaran bahawa skrin tersebut bukan asli daripada Apple walaupun iCorrect menyatakan ia adalah komponen asli.

Apa-apa pun, bagi mana-mana individu yang ingin menukar skrin iPhone 13 nanti, anda tidak lagi perlu risau.

Sumber: verge

Baca juga:

  • Pengguna Boleh Pilih Untuk Hidup Atau Matikan Mod Makro Dalam iOS 15.2

  • Cara ‘Wariskan’ iCloud Kepada Kenalan Sekiranya Anda Meninggal Dunia

  • iOS 15.2 Ada Ciri Keselamatan Baharu Untuk Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY