Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
digital legacy apple

Cara ‘Wariskan’ iCloud Kepada Kenalan Sekiranya Anda Meninggal Dunia

Diterbitkan November 12, 2021 · Dikemas kini November 1, 2024 oleh Aminuddin Ahmad

artikel ini telah dikemas kini pada 1 November 2024

artikel asal:

Sejak dulu lagi Apple terkenal dengan ketegasan mereka berkenaan privasi pengguna. Terdahulu, terdapat berita tentang bapa yang meminta Apple untuk menyahkunci peranti anaknya yang telah meninggal dunia dan keengganan Apple untuk mematuhi arahan FBI untuk menyahkod iPhone milik anggota tentera Arab Saudi.

Diumumkan Jun lalu dalam WWDC, Apple akan mengaktifkan fungsi Digital Legacy pada iOS 15.2 dan ke atas. Pengguna boleh meletakkan sehingga 5 kenalan sebagai pewaris dan mereka boleh mengakses data peribadi yang disimpan dalam iCloud seperti gambar, dokumen dan pembelian selepas pemilik meninggal dunia.

Bagi pengguna iOS 15.2 dan ke atas, anda boleh ke Settings > [nama anda] di bahagian atas sekali > Sign-In & Security.

Cara ‘Wariskan’ iCloud Kepada Kenalan Sekiranya Anda Meninggal Dunia
Cara ‘Wariskan’ iCloud Kepada Kenalan Sekiranya Anda Meninggal Dunia
legacy contact 3

Bagi pengguna Mac pula, and boleh ke System Preferences > Apple Account > Sign-In & Security

  • Di bawah Legacy Contact, pengguna boleh menambah pewaris dengan memilih ahli keluarga dalam Family Sharing (jika menggunakannya) atau meletakkan emel atau nombor telefon mereka.
  • Makluman pada pewaris melalui kunci akses (access key) akan dihantar melalui Messages. Jika mereka setuju menerimanya, salinan kunci akses tersebut akan disimpan dalam tetapan Apple ID mereka.
  • Bagaimanapun, jika pewaris tidak menggunakan iOS 15.2 mereka tidak dapat menyimpan kunci akses dalam peranti, maka and perlu memberi mereka kunci akses dengan cara lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY