Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iOS 15.2

iOS 15.2 Ada Ciri Keselamatan Baharu Untuk Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

Diterbitkan November 10, 2021 oleh Amsyar Latif

Ogos lalu, Apple mengumumkan sebuah fungsi baharu yang berkait rapat dengan privasi pengguna tetapi ia sebagai langkah kebaikan. Fungsi tersebut bertujuan untuk menghentikan Child Sexual Abuse Material (CSAM).

Terbaru, melalui kemas kini iOS 15.2 beta 2, Apple mula menawarkan ciri seumpamanya dimana mengaktifkan fungsi keselamatan komunikasi di iMessage khusus untuk anak-anak. Namun, ia sedikit berbeza berbanding CSAM yang mana Apple masih lagi membangunkannya.

Menerusi ciri tersebut, secara tidak langsung ia dapat mengesan gambar yang mempunyai kandungan ekspilisit sama ada ia dihantar atau diterima di dalam iMessage.

iOS 15.2 Ada Ciri Keselamatan Baharu Untuk Ibu Bapa Pantau Anak-Anak

Sebagai contoh, jika kanak-kanak menerima gambar yang mempunyai unsur-unsur tidak sopan, gambar tersebut akan dikaburkan. Apabila gambar itu dicuba untuk membukanya, terdapat notifikasi pengesahan.

Tambahan lagi, ia juga akan memberikan sedikit maklumat mengapa gambar tersebut sensitif dan anak-anak boleh terus bertanya kenalan (contact) yang boleh dihubungi bagi mengetahui maklumat lebih lanjut mengenainya.

Selain itu, Apple mengatakan hanya gambar yang dihantar atau diterima sahaja akan dianalisis. Bermakna, Apple masih lagi tidak dapat mengakses mesej di iMessage.

Ciri ini sememangya direka untuk ‘Family Sharing’ dalam iOS yang mana boleh diaktifkan oleh ibu bapa kerana pada tetapan lalai, ia tidak diaktifkan lagi.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Apple Akan Selesaikan Isu FaceID Rosak Jika Skrin Dibaiki Pihak Ketiga

  • MacBook Pro M1 Ada Masalah Untuk Mainkan Video HDR

  • Cip Intel Alder Lake Desktop Kalahkan Apple M1 Max Tapi Kena ‘Kerja Keras’

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY