Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 teardown

Tukar Skrin iPhone 13 Dengan Pihak Ketiga Akan Beri Masalah Pada Face ID

Diterbitkan September 28, 2021 oleh Amsyar Latif

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum peminat Apple di Malaysia boleh mula membuat tempahan siri iPhone 13 secara rasmi. Namun, sekiranya anda berhajat untuk membelinya atau mungkin ada yang sudah memiliki dari Singapura, pastikan guna sebaiknya.

Hal ini kerana iFixit mendapati sekiranya pengguna iPhone 13 mahu membaiki skrin yang retak atau rosak dengan pihak ketiga, mereka akan kehilangan satu fungsi utama serta penting dalam iPhone terkini – Face ID.

Menurut iFixit, hampir mustahil untuk mengembalikan fungsi Face ID pada skrin iPhone 13 yang sudah diganti walaupun mereka sudah cuba pelbagai cara.

iPhone 13 skrin

Tambahnya, mereka mempercayai bahawa Apple menggunakan panel OLED yang baharu pada barisan iPhone 13 dan paparan itu mempunyai ‘serial-locked’ bersama peranti.

Bagaimanapun, mungkin ia boleh dibaik pulih melalui pihak ketiga dan dapat mengembalikan Face ID jika Apple memperbaikinya menerusi kemas kini iOS 15.

Pun begitu, ia tidak mengejutkan kerana kamera iPhone 12 sebelum ini juga mustahil untuk dibaik pulih kecuali dengan menghantarnya kepada Apple. Malah, penggunaan bateri pihak ketiga juga akan mendatangkan masalah.

Mudah cerita, mereka mahu penggunanya mendapatkan gantian secara sah daripada Apple dan mengelakkan komponen tidak asli. Oleh yang demikian, pengguna iPhone 13 nanti dinasihatkan untuk tidak cuai.

Sumber: 9to5mac

Baca juga:

  • Gurman: Rekaan iPhone 14 Bakal Diberi Nafas Baharu
  • Pengguna iPhone Alami Isu Bateri Apabila Memainkan Spotify
  • iPhone Akan Datang Mungkin Tiada Lagi Sambungan Berwayar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY