Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Iskandar Malaysia Bandar Pertama Di Asia Tenggara Uji Sistem Autonomous Rapid Transit (ART)

Iskandar Malaysia Bandar Pertama Di Asia Tenggara Uji Sistem Autonomous Rapid Transit (ART)

Diterbitkan Januari 22, 2021 · Dikemas kini Januari 22, 2021 oleh Amalina Athman

Iskandar Malaysia kini muncul bandar pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang akan menguji sistem Autonomous Rapid Transit (ART) menerusi program ujian pilot bas.

Sistem yang dibawa masuk oleh Mobilus Sdn Berhad (Mobilus) ini dijangka akan dilancarkan di Iskandar Malaysia pada suku pertama 2021.

ART Iskandar Malaysia

Bagi yang belum tahu, ART merupakan sistem transit pengangkutan penumpang yang dilengkapi sensor untuk membaca laluan di jalan raya secara maya serta dipandu secara automatik.

Kelajuannya boleh mencapai sehingga 70km/sejam dan membawa lebih 300 penumpang dengan 3 gerabak. Ia juga boleh dikembangkan sehingga 500 penumpang dengan 5 gerabak. ART ini dikendalikan menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hidrogen.

maxresdefault (4)
ART yang digunakan di China

Dalam pada itu, perancangan Program Ujian Perintis ART di Iskandar Malaysia, Johor asalnya akan dimulakan pada tahun 2020. Akan tetapi, ia ditangguhkan sehingga tahun ini berikutan pandemik COVID-19. Program ini dijangka akan turut mempamerkan 7 pengeluar bas lain.

Program ini dijangka akan menjadi antara ujian laluan untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) yang lebih besar, sistem transit komprehensif untuk Iskandar Malaysia yang meliputi rangkaian lebih 2,000km untuk Fasa 1. Dengan itu, Malaysia dijangka menjadi negara pertama di luar China yang akan menggunakan teknologi ini.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY