Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iQOO 16_1

iQOO 16 Bakal Tiba Di Malaysia, Tampil Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Dan Skrin 2K 165Hz

Diterbitkan Oktober 1, 2026 · Dikemas kini November 25, 2026 oleh Amsyar Latif

Siri iQOO 16 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 8 Disember 2026. Menurut iQOO Malaysia, siri ini hadir dengan dua model, iaitu iQOO 16 dan iQOO 16s.

iQOO 16 dikuasakan platform Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang dibina menggunakan proses 2nm, dipadankan dengan memori LPDDR5X Ultra Pro dan storan UFS 4.1. Sistem penyejukan cecair 8.5K Ice Dome VC turut digunakan untuk membantu mengekalkan prestasi ketika beban kerja tinggi.

iQOO 16_2

Antara tarikan utamanya ialah paparan 2K 165Hz Samsung Everest Display. Menurut iQOO, ia merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan bahan pemancar Samsung M16 bersama teknologi 2K LEAD 2.0. Paparan itu mencapai kecerahan puncak sehingga 2,800 nits dan menyokong kadar segar semula 165Hz pada lebih 100 aplikasi serta lebih 50 permainan.

iQOO 16_3

Bagi permainan, iQOO 16 dilengkapi cip esports Q4 yang menyokong ray tracing, super resolution dan frame interpolation. Ia turut menyokong permainan sehingga 165fps bagi judul terpilih serta menawarkan emulator permainan PC yang dikatakan serasi dengan hampir 100 permainan.

Dari segi kamera, telefon ini hadir dengan tiga kamera belakang 50MP, terdiri daripada kamera utama dengan sensor 1/1.3 inci, kamera telefoto periskop Sony dan kamera ultra lebar.

iQOO 16 turut dilengkapi bateri 8,400mAh, pengecasan berwayar 100W dan pengecasan tanpa wayar 40W. Ciri lain termasuk OriginOS 7, sensor cap jari ultrasonik 3D, pembesar suara stereo serta penarafan IP68 dan IP69.

Telefon ini ditawarkan dalam konfigurasi sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 1TB, dengan pilihan warna Chasing Light, Legend dan Racing Track.

Harga dan tarikh jualan rasmi iQOO 16 untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • (Ulasan) iQOO 15: Prestasi Gaming Yang Cemerlang, Tapi Ada Sesuatu Yang Anda Perlu Tahu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
  • Platform X Kini Perkenal Ciri Kawalan Ibu Bapa
  • Astro X3 Kini Ditawarkan Tanpa Kontrak, Harga Promosi Bermula RM39.99/Bulan
  • Remaja 18 Tahun Didakwa Godam 11,000 Data Warga Denmark
©2026 WISER.MY