Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Terhasil Selepas Steve Jobs Berang Dengan Seseorang Dari Microsoft

iPhone Terhasil Selepas Steve Jobs Berang Dengan Seseorang Dari Microsoft

Diterbitkan Jun 23, 2017 oleh Wiser MY

Kadang-kala sesetengah inovasi ciptaan manusia lahir dari pelbagai perkara.

Ambil contoh, telefon yang dicipta oleh Alexander Graham Bell.

Bell mencipta telefon bagi membantu pelajar pekaknya mendengar setelah isyarat bunyi ditukar kepada isyarat elektrik.

Lain pula cerita mengenai iPhone dari Apple Inc.

Bekas naib presiden kanan bahagian perisian iOS, Scott Forstall mendedahkan sejarah mengapa Steve Jobs berjaya menemui ciptaan terhebatnya alaf ini, iPhone.

Steve Jobs selalu bersosial dengan seseorang dari Microsoft dan dia bukanlah Bill Gates.

Dia merupakan suami kepada rakan bekas isteri Steve Jobs, Laurene Powell Jobs.

Mereka banyak menghabiskan masa bersama berkongsi pendapat masing-masing di dalam industri ini.

Dan selalunya Steve Jobs akan merasa marah selepas berinteraksi dengan kenalan ini, terang Forstall.

iPhone Terhasil Selepas Steve Jobs Berang Dengan Seseorang Dari Microsoft

Dan perkara ini memuncak apabila Microsoft memperkenalkan ‘iPad’ mereka yang pertama di pasaran.

Steve Jobs melihat ini sebagai satu cabaran untuk Apple dan menjadikannya sebagai satu tugas mereka untuk ‘mengajar’ bagaimana untuk menghasilkan peranti komputer mudah alih yang lebih hebat.

Prototaip awal memperlihatkan rekaan besar dan tidak praktikal sehinggalah Jobs mendapat idea untuk mengecilkan peranti itu setelah mendapat ilham di sebuah kafe.

Jobs mendapati ramai manusia membawa telefon mereka dan dilihat tidak berpuas hati dengan rekaan keseluruhan telefon bimbit mereka.

Selepas itu Projek Purple pun bermula dan selepas itu semuanya menjadi sejarah.

Apple Inc. telah merevolusikan rekaan telefon pintar pada tahun 2017 dan mempengaruhi industri itu buat selamanya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY