iPhone M68 - Prototaip iPhone Pertama Telah Didedahkan Buat Julung Kalinya

iPhone keluaran Apple boleh dianggap sebagai salah satu siri produk elektronik paling berjaya yang pernah dihasilkan sepanjang zaman.

Model pertamanya telah diumumkan pada 9 Januari 2007 oleh mendiang Steve Jobs dan telah dilancarkan secara rasmi pada 29 Jun tahun yang sama.

Namun, ramai tidak mengetahui usaha untuk membangunkannya telah dilakukan secara rahsia selama lebih kurang dua tahun setengah sebelum itu.



Pekerja dan orang dalaman Apple ketika itu hanya mengenali iPhone dengan kod nama "M68" serta "Purple 2" sahaja. Dan baru-baru ini, The Verge telah diberikan akses eksklusif bagi imej prototaip peranti pertama iPhone berkenaan.

Untuk menjadikan projek iPhone ini kekal rahsia, Apple telah membangunkan satu papan pembangunan yang mengandungi komponen-komponen peranti tersebut seperti skrin, slot kad SIM, pemproses, pelbagai jenis, kamera dan banyak lagi.


Kredit: The Verge

Malah, jurutera perisian dan pereka Ken Kocienda yang pernah berkhidmat dengan Apple selama 15 tahun juga mengakui tidak pernah melihat papan merah tersebut.

Menurutnya, papan pembangunan yang sering diterima beliau adalah berwarna hijau dan hadir dengan prototaip untuk skrin sesentuh.

Ini menunjukkan Apple sentiasa menjaga rahsia pambangunan produknya dan ia dipercayai masih kekal sedemikian sehingga ke hari ini.

 

Sumber: The Verge