Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Di Jepun Bakal Disediakan Dengan Ciri Akses Kad Pengenalan Melalui NFC

iPhone Di Jepun Bakal Disediakan Dengan Ciri Akses Kad Pengenalan Melalui NFC

Diterbitkan Jun 12, 2019 oleh Helmi Samsuri

Apple sudah mengumumkan sistem iOS 13 mereka pada awal bulan ini. Ia sedia ditambah baik dengan beberapa ciri dan salah satu daripadanya adalah ciri NFC yang lebih meluas.

iPhone yang mengoperasikan iOS 13 dikatakan berupaya membuat imbasan pelbagai tag NFC, termasuklah yang terdapat pada dokumen rasmi seperti contoh kad pengenalan rakyat Jepun.

iPhone Di Jepun Bakal Disediakan Dengan Ciri Akses Kad Pengenalan Melalui NFC

Masanori Kusunoki, eksekutif di Jabatan Ketua Pegawai Informasi telah mengesahkan projek ini melalui kicauan di Twitter. Beliau menyatakan bahawa pengguna iPhone di negara matahari terbit itu boleh mengimbas tag NFC yang terdapat pada kad identiti mereka, “My Number Card”.

Kad “My Number” tersebut tersedia dengan tag NFC yang boleh diakses oleh aplikasi dari kerajaan bertujuan untuk menyimpan informasi peribadi pada peranti. Difahamkan, beberapa telefon pintar Android telah mempunyai sokongan akses kad identiti melalui NFC, tetapi penggunaan iPhone lebih popular dinegara tersebut. Sokongan ciri akan dikhabarkan akan hadir pada iPhone di Jepun pada musim luruh ini, selari dengan permulaan tawaran iOS 13 kepada pengguna.

Sumber: Apple Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY