Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

iPhone 7 Plus Masih Kekal Sebagai Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia Setakat Ini

Diterbitkan Julai 6, 2019 ยท Dikemas kini Julai 6, 2019 oleh ariff bukhari

Walaubagaimanapun populariti peranti Android masih jauh lebih tinggi berbanding peranti iOS.

Penyelidik dari laman Device Atlas telah mengeluarkan laporan terbaru berkenaan kedudukan telefon pintar Android dan iOS di seluruh dunia. Dalam laporan tersebut turut diberkan data kedudukan penggunaan telefon pintar dan sistem operasi antara peranti Android dan iOS.

Setakat data yang dikongsikan bagi suku pertama tahun 2019, telefon pintar Apple iPhone masih kekal sebagai telefon pintar paling popular dikalangan pengguna di Malaysia menerusi model iPhone 7 Plus.

Apple Rancang Tambah Kamera 3D Berasaskan Laser Untuk iPhone Keluaran 2020
iPhone 7 Plus yang diperkenalkan Apple pada September 2016 dahulu masih dijual sehingga kini. Harganya kini bermula dari RM2749.00.

Selepas itu, di tangga kedua adalah telefon pintar Android dari Samsung iaitu Samsung Galaxy J2 Prime. Tetapi dari tangga ketiga hingga tangga kelima, ia terus dikuasai oleh telefon pintar Apple iPhone.

Berikut adalah kedudukan 12 telefon pintar paling popular di Malaysia bagi suku pertama 2019.

telefon paling popular 2019 Malaysia

Sungguhpun telefon pintar Apple iPhone 7 Plus adalah yang paling popular, tetapi penggunaan peranti yang menggunakan sistem operasi Android adalah masih jauh lebih tinggi berbanding pengguna peranti iOS.

Ini mungkin disebabkan oleh model peranti Android yang lebih pelbagai ditawarkan oleh pelbagai jenama lain yang turut menggunakan sistem tersebut seperti Samsung, Huawei, Oppo dan lain-lain.

Manakala peranti iOS hanya dikeluarkan oleh Apple sahaja. Juga harga telefon pintar Android juga adalah jauh lebih murah yang mampu dimiliki, berbanding iPhone yang berharga premium (walaupun modelnya adalah model iPhone terdahulu).

iOS VS android
Perbandingan antara pengguna peranti Android dan iOS sejak tahun 2016 hingga 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY