iPhone 2018 Dilapor Meniru Fungsi Galaxy Note 9

Pertelingkahan antara Samsung dan Apple tidak lagi perlu diceritakan kerana ia sudah berlanjutan sepanjang beberapa tahun lamanya. Kedua-dua mereka sering cuba membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di antara satu sama lain.

Namun, satu berita yang agak pelik telah tersebar di layar internet apabila Apple melalui peranti iPhone-nya dikatakan akan meniru fungsi yang ada pada peranti pesaingya yang baru diperkenalkan, Samsung Galaxy Note 9.



Fungsi yang dimaksudkan ialah stylus. Seperti yang diketahui, Samsung Galaxy Note telah didatangkan dengan S-Pen sejak keluaran pertamanya lagi. Apple juga mempunyai stylus-nya sendiri, Apple Pencil yang baru diperkenalkan bagi peranti iPad tahun ini.

Bercakap mengenainya, Apple kini dilaporkan akan membawa Apple Pencil kepada peranti iPhone 2018 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ia dijangka hanya akan hadir pada variasi iPhone yang menggunakan skrin OLED sahaja.

Kredit : DetroitBORG@Youtube


Ini bermakna, peranti iPhone 2018 yang menggunakan panel skrin LCD tidak akan menerima sokongan stylus ini. Keputusan ini diterima ramai memandangkan iPhone LCD ini dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding dua lagi peranti lain yang menggunakan skrin OLED.

Malah bukan itu sahaja, keluaran iPhone pada tahun ini dilaporkan akan turut hadir dengan variasi simpanan dalaman 512GB, sama seperti yang ditawarkan pada peranti Galaxy Note 9.

Akan tetapi, maklumat lanjut berkenaan fungsi yang ditawarkan pada Apple Pencil tersebut masih belum diketahui. Teruskan bersama kami untuk perkembangan lanjut tentang perkara ini di masa akan datang.

 

Sumber