iPhone dan bateri memang tidak dapat dipisahkan sejak dahulu lagi. Mana tidaknya, kapasiti baterinya amatlah tidak masuk akal.
Terbaru, kapasiti bateri bagi barisan iPhone 13 dikhabarkan menerima peningkatan berbanding siri iPhone 12.
iPhone 13 Pro Max mempunyai bateri sebesar 4352mAh, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 adalah 3095mAh serta iPhone 13 mini berkapasiti 2406mAh.
Baca juga – Peminat iPhone Mungkin Tak Berapa Berkenan Dengan Reka Bentuk Baru iPhone 13 Nanti
Sebagai perbandingan iPhone 12 mini sebelum ini hanya 2227mAh. Sementara model paling besar, iPhone 12 Pro Max adalah 3687mAh.
Melihat pada saiz bateri versi Pro, ia menerima peningkatan lebih banyak dan perkara ini menguatkan lagi dakwaan iPhone 13 Pro dan Pro Max tampil dengan kadar penyegaran lebih tinggi – ProMotion 120Hz.
Walaupun bateri iPhone didakwa lebih efisen tetapi kadar penyegaran tinggi sememangnya dahagakan kuasa. Sebab itu peranti Android didatangkan bateri yang besar.
Baca juga – iOS 15 Dijangka Tambah Ciri Penjejakan Makanan
Dalam pada itu, tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum acara Apple WWDC akan berlangsung yang mana beberapa sistem operasi diperkenalkan dan mungkin akan ada MacBook baharu.
Sumber: weibo