Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (136)

Paparan iPhone 13 Mungkin Hadir Dengan Ciri AOD

Diterbitkan Februari 15, 2021 oleh Amsyar Latif

Beberapa bulan dari sekarang kita akan lihat Apple akan melancarkan iPhone 13. Seperti biasa, banyak ura-ura mengenai telefon baharu ini.

Jika sebelum ini, Apple sedikit demi sedikit menampilkan ‘inovasi’ terhadap iPhone.

Bermula dengan storan sehingga 1TB, lensa periskop, takuk lebih kecil dan dikatakan hadir dengan imbasan cap jari pada skrin.

Kini, Apple akhirnya dijangka akan memasukkan paparan dengan ciri always-on-display (AOD) pada siri iPhone.

Bagi pengguna Android, ciri AOD ini sudah hadir pada mana-mana telefon sejak dahulu lagi dimana akan memaparkan jam mahupun notifikasi pada skrin.

Image result for apple watch always on display
Apple Watch AOD

Laporan daripada Max Weinbach melalui EverythingApplePro, iPhone 13 mungkin akan mempunyai fungsi yang sama seperti pada telefon Android.

Perkara ini mungkin tidak menjadi masalah bagi Apple kerana AOD sudah ada pada Apple Watch Series 5.

Namun, masih belum jelas sama ada Apple akan membawa ciri ini pada iPhone 13 atau iPhone baharu pada masa akan datang.

Sumber: EverythingApple Pro via ubergizmo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY