Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 Pro takuk

Hadir Dengan Takuk Lebih Kecil, Ini Mungkin Rekaan iPhone 13 Pro

Diterbitkan April 5, 2021 · Dikemas kini April 5, 2021 oleh Amalina Athman

Awal Mac lalu, kita telah dikhabarkan model iPhone 13 bakal hadir dengan takuk yang lebih kecil pada paparan. Terbaru, Macotakara telah berkongsi mockup bagi gambaran rekaan iPhone 13 Pro yang dikatakan daripada Alibaba Sources.

Takuk iPhone 13 Pro

Menerusi imej yang dikongsi, Macotakara turut memberikan perincian mengenai saiz takuk serta lensa swafoto dan mikrofon yang diposisikan semula. Jika lebar takuk pada iPhone 12 Pro adalah 34.83mm, iPhone 13 Pro dimuatkan dengan 26.8mm.

Bagaimanapun, takuk pada iPhone 13 Pro dikatakan lebih tinggi dengan 5.35mm berbanding 5.3mm pada model sedia ada.

Ia juga memperlihatkan sensor kamera swafoto yang diposisikan semula ke bahagian kiri takuk.

Selain takuk yang lebih kecil, ia tidak menunjukkan perubahan yang ketara dari segi rekaan atau pada kamera belakang.

Sumber: Macotakara

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY